Adik-adikku, InsyaAllah boleh..



Alhamdulillah dengan berkat dan restunya, diberi kelapangan untuk meluangkan masa bersama-sama adik-adik di Sekolah Rendah Agama Sungai Tua selama  dua hari. Sambutan yang hangat diterima sama ada dari ibu-bapa guru malah adik-adik yang comel-comel ini. Lumrah insan perlukan bimbingan dan sokongan. InsyaAllah termampu kami usahakan. Terima kasih juga buat Pihak sekolah yang memberi kepercayaan kepada kami, Kelab Fasilitator Darul Quran untuk mengendalikan program ini. 

Serba sedikit pengenalan tentang Kelab Fasilitator Darul Quran atau dikenali juga sebagai KEFDA. 

PENGENALAN

Kelab Fasilitator Darul Quran (KEFDA) merupakan sebuah badan induk yang menjadi medium bagi golongan Huffazul Quran menceburi Bidang Fasilitaor. Sehubungan dengan itu mereka dapat meluangkan masa dan tenaga dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat.

VISI

Melahirkan generasi huffaz yang menjana ketamadunan ummah dan pemangkin kepada keizzahan Islam.


MISI
Melahirkan dan menyediakan fasilitator huffaz yang berkepimpinan dan berakhlak mulia berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.


OBJEKTIF

- Menyediakan bekalan Fasilitator.
- Menyebarkan Dakwah Islam dengan lebih sistematik.
- Menjaga kebajikan ahli kelab.
- Memberi corak baru dalam perjuangan Islam.
- Memvariasikan skop bidang sasaran mengikut keperluan semasa.




ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA
KELAB FASILITATOR DARUL QURAN (KEFDA)
SESI 2013

PENASIHAT
PUAN ILYANI BINTI KASSIM

PENGERUSI
   AHMAD IDRIS BIN AZMI

TIMB.PENGERUSI
   SOLEHAH BINTI AB RAHIM

   SETIAUSAHA
LUQMAN BIN MOHAMAD ZUDIN

TIMB.SETIAUSAHA
    NORSHAHIRAH BINTI SHAMSUDIN

BENDAHARI
MUHAMMAD FAIZ BIN ALIAS

TIMB.BENDAHARI
NUR SUMAYYAH BINTI MUHAMMAD MUCHTAR

UNIT DISIPLIN DAN AL-QURAN
MUHAMMAD MUNIR BIN RAHIMI
SHAHIRA RAHIMAH BINTI MOHD EZLAN

UNIT MODUL & LATIHAN
FARAH HANNAN BINTI HASANUDDIN

UNIT MULTIMEDIA & PUBLISITI
AMIR ‘IZZUDDIN BIN MUHAMMAD
NIK NUR HIDAYATUL FITRI BINTI NIK IBRAHIM

UNIT KEBAJIKAN & PERHUBUNGAN
MOHAMMAD HANIF SYAKIR BIN MOHD YUSOOP
SITI ZAINAB BINTI MOHAMED TAHIR

UNIT EKONOMI
MUHAMMAD ZAKI BIN SAPUAN
FAKHRUL AIN BINTI MUHARRAM


ni serba sedikit tentang kelab fasilitator di darul quran. untuk tahu lebih lanjut singgah lah laman web ni..


InsyaAllah semoga ia menjadi satu alternatif jalan dakwah untuk berkongsi ilmu dengan semua. InsyaAllah bihifzillah. 



                                                       

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

long time no see..

di sinilah kita..
memerah fikiran dan melerai masalah..
namun kita tetap manusia..
tenaga kita tak kemana.
fikiran kita ada batasannya
tindakan kita ada sempadannya..
 
 di sinilah kita..
namun kita tetap lemah..
hanya bersandar pd-Nya
kita pastinya akan gagah..
selagi kita terasa lemah..
selama kita tunduk dan menyerah..
pd kehendak dan kudrat-Nya..
merancang dan bertindak..
berfikir dan bekerja ..
 dalam tak percaya. Setahun dh berlalu. Long Time No See Ya..
dah lama tak tulis dalam blog.. bukan tak mahu. Tak tak berkesempatan. Percaya atau tidak. Dah setahun aku berada di bumi barakah darul quran. Dalam kesibukan menuntut ilmu. Tiada video yang dapat nak upload. Jadi. ikuti lah cerita tanpa rakaman kisah. Namun buat sahabat sekalian. Jangan pernah ingat yang aku dah lupakan  kalian. Aku akan upload sedikit demi sedikit gambar yang ada. perjalanan selaku mujahidah fisabilillah tentunya diiringi sejuta ujian yang menjadikan jiwa ini tegar dan tabah juga diri ini kuat menghadapi hari yang mendatang..

Buat sahabat sahabiah yang berkesempatan berjuang bersama-sama.. sokonglah antara kita selagi mana kita mampu berjuang dan kekalkan ukhuwwah ini selama mana kita mampu bertahan.. Buat sahabat seperjuangan ingatlah.. MAN JADDA WAJADA..(^_^)




    
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

sebuah perjuangan serba kenangan



perjuangan + cinta = ukhuwwah

Siapa lagi yang akan meneruskan perjuangan suci Nabi Muhammmad S.A.W melainkan kita selaku umatnya. Berprinsipkan" Amar makruf Nahi Mungkar" perjuangan ini teramat manis dek hati yang tulus mencintai Yang hakiki.. Teman2 seperjuanganku.. Perjuangan kita belum berakhir lagi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

hadiah buat sahabatku

Andai kau tahu.. Entah kenapa rinduku terhadapmu teramat sangat..
sahabatku.. ku titipkan cetusan ideaku ini mengiringi kerinduanku terhadapmu yang tak tertanggung lagi ini.. harapanku agar hadiahku ini mampu menjadi cebisan kenangan yang terindah sepanjang kebersamaan kita ini..Terimalah sahabatku.. uhibbuki fillah



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Dengan ini kami berikrar..

  

Aku nak share video yang aku buat waktu aku terkenangkan kawan-kawan aku.Rindu yang bukan kepalang. mungkin ada sdikit kekurangan tapi ni adalah serba sedikit cetusan idea bila aku tengok semula folder aku.Dalam tak percaya aku akui aku terima tarbiah yang terbaik waktu ni. Setiap yan terjadi ada hikmanya. Aku pun nak share lirik lagu ni.


Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...


Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...


Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu


Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....


Jernih danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu....


     Pertemuan aku dengan mereka dan pentarbiahan yang aku terima setelah aku melibatkan diri dalam kepimpinan di kulliah benar-benar buat aku terharu. Selamanya tetap dalam ingatan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments1

bila agaknya reunion ya?


                

Waktu aku di tingkatan 2, aku terbaca sebuah artikel. Tajuknnya “LIMA CARA PILIH SAHABAT”. Bukan nak ajar jadi  seorang yang cerewet tapi sahabat adalah cermin diri kita. Jadi, kita kenalah bijak dalam memilih sahabat.  “Janganlah sudah terngadah baru nak terhantuk”.Aku nak kongsikan tentang artikel yang aku baca tu.

LIMA CARA PILIH SAHABAT
o    Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
o    Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerimanya dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya)
o    Pilihlah seorang sahabat yang apabila dia mengetahui mengenai keburukan  dirimu, ia suka menutupinya.
o    Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan menghiburkanmu.
o    Pilihlah sahabat yang apabila engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jika engka mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah demi kepentinganmu.


Namun begitu, Persahabatan bukanlah sekadar menguntungkan sebelah pihak tapi membahagiakan kedua-duanya. Sahabat yang baik adalah sahabat yang mampu menegur kesalahan kita dan membimbing kita serta mendoakan kita. Tolak ansur antara dalam persahabatan mampu mengeratkan lagi ukhuwwah. 


Pernah tak kita menerima warkah daripada seorang sahabat yang berterima kasih kepada kita dan pernahkah kita menulis sebuah surat ataupun melafazkan ucapan terima kasih kepada sahabat kita. Di sini aku selitkan sebuah warkah daripada  seorang sahabat kepada seorang sahabat yang berbunyi,


Sahabat..

Di sini kutitipkan sebuah ucapan yang sukar untukku luahkan. TERIMA KASIH buat dirimu. Dikala ku kealpaan kau bisikkan kebenaran. Di kala aku kesempitan kau depakan tanganmu seluas langit dan bumi.Di saat aku kehausan kau hadir memberikanku air azimat bernama semangat untuk teruskan satu perjalanan yang jauh. Terima kasih sahabatku yang kukasihi. Maaf atas segalanya
SAHABATMU
-NIA KATSURA-


 Terharu hati kita apabila dihargai  sebegini. Hati tak pernah menipu. Saat bersama sahabat itulah saat yang paling bermakna. Saat itulah yang akan menjadi kenangan terindah dalam hidup kita. 


Kenangan itu persis rama-rama yang terbang ke dalam hati dan jiwa, tak kira sama ada suka ataupun duka, ia akan menghilang begitu sahaja, jika tak mengenang apa-apa, oleh itu hargailah ia selagi di depan mata.
Sedikitpun di ruang hati aku tidak pernah melupakan indahnya persahabatan. Perit jerih yang kami hadapi bersama adalah kenangan yang paling indah dalam hidup aku. Aku cuma dapat merakamkan serba sedikit tentang persahabatan aku di ma'ahad namun selebihnya dalam hati aku. Sebenarnya aku  rindukan saat bersama-sama mereka.Persoalan yang menjadi tanda tanya antara kami. ”Bila agaknya reunion ya?”……. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

INDAHNYA PERTEMUAN, MANISNYA PERSAHABATAN, PAHITNYA PERPISAHAN

Sebuah pertemuan mengajar kita untuk mengenali, berkasih-sayang dan memahami. Namun sebuah pertemuan juga mengajar kita untuk membenci dan memusuhi. Dalam sedar atau tidak, permusuhan yang tercetus hanya permainan yang akhirnya menjerat kita dalam pengakhiran yang menyebabkan hati kita terluka.

Bukankah kita diciptakan untuk saling mengenali? Cuba renungkan nasihat seorang sahabat aku. Dia pernah menasihati aku dengan sebuah cerita yang dimulakan dengan sebuah pertanyaan.

"Ko suka memancing tak?"
"Kalau ikan terjerat pada mata kail ko, Ko kena ambil terus ikan tu. Jangan sesekali ko lepas semula ke dalam air macam tu jer."
"Tapi kenapa?"
 "Sebab ko akan buat ikan tu sakit dengan kesan daripada mata kail ko tue. Mungkin ikan tu akan menderita sepanjang hidup dia kerana perbuatan ko."
"macam sebuah persahabatan dan perhubungan. Ko sayang sahabat ko dan ko bagi dia banyak harapan. Sehinggakan dia sayang kat ko. Jadi, Ko jangan sesekali tinggalkan dia walau sejahat manapun dia. Ko kena jaga hati dia dan tegurlah khilaf dia secara berhikmah sebab persahatan tu sesuatu yang indah. Kalau ko tinggal je dia macam tu je. ko mungkin akan buat dia terluka dengan kenangan yang ko tinggalkan untuk dia."
 Entah kenapa aku tersentuh sangat dengan kata-kata sahabat aku. Pendekatan dia menarik perhatian aku. Memang betul kata-kata dia. Bagi aku persahabatan yang terjalin memberi seribu satu erti dalam hidup aku. Pelbagai ragam yang aku jumpa dan setelah berlalunya masa, barulah aku sedar yang sahabat itu unik dan tiada galang gantinya.

Aku juga pernah menerima khidmat pesanan ringkas daripada salah seorang sahabat aku. Mesej itu berbunyi begini:

"Jadikan jalinan antara kita terbina persis untaian tasbih. Ada awal tiada penghujungnya. Dibentuk untuk mengingatiNya, dicantum kerana cintaNya, diratib semata-mata kerana redhaNya dan menitis air mata tika merasai kemanisanNya."

Aku rasa beruntung sangat punya sahabat yang menjadi penguat semangatku dan menyedarkan aku tentang status aku yang hanya sementara di bumi pinjaman Allah ini. 

Namun yang menyedihkan aku, setiap pertemuan dan persahabatan pasti diuji dengan persalahfahaman dan juga pengkhianatan. Ada juga yang menjadi talam dua muka agar persahabatan yang utuh hancur.Kala ini  kesetiaan dan kepercayaan diuji. 

Tapi yang paling menyedihkan bila perpisahan mendatang. Persoalan yang timbul. Bila kita akan bertemu lagi dan adakah diriku masih kau ingati??

WALLAHUA'LAM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0