INDAHNYA PERTEMUAN, MANISNYA PERSAHABATAN, PAHITNYA PERPISAHAN

Sebuah pertemuan mengajar kita untuk mengenali, berkasih-sayang dan memahami. Namun sebuah pertemuan juga mengajar kita untuk membenci dan memusuhi. Dalam sedar atau tidak, permusuhan yang tercetus hanya permainan yang akhirnya menjerat kita dalam pengakhiran yang menyebabkan hati kita terluka.

Bukankah kita diciptakan untuk saling mengenali? Cuba renungkan nasihat seorang sahabat aku. Dia pernah menasihati aku dengan sebuah cerita yang dimulakan dengan sebuah pertanyaan.

"Ko suka memancing tak?"
"Kalau ikan terjerat pada mata kail ko, Ko kena ambil terus ikan tu. Jangan sesekali ko lepas semula ke dalam air macam tu jer."
"Tapi kenapa?"
 "Sebab ko akan buat ikan tu sakit dengan kesan daripada mata kail ko tue. Mungkin ikan tu akan menderita sepanjang hidup dia kerana perbuatan ko."
"macam sebuah persahabatan dan perhubungan. Ko sayang sahabat ko dan ko bagi dia banyak harapan. Sehinggakan dia sayang kat ko. Jadi, Ko jangan sesekali tinggalkan dia walau sejahat manapun dia. Ko kena jaga hati dia dan tegurlah khilaf dia secara berhikmah sebab persahatan tu sesuatu yang indah. Kalau ko tinggal je dia macam tu je. ko mungkin akan buat dia terluka dengan kenangan yang ko tinggalkan untuk dia."
 Entah kenapa aku tersentuh sangat dengan kata-kata sahabat aku. Pendekatan dia menarik perhatian aku. Memang betul kata-kata dia. Bagi aku persahabatan yang terjalin memberi seribu satu erti dalam hidup aku. Pelbagai ragam yang aku jumpa dan setelah berlalunya masa, barulah aku sedar yang sahabat itu unik dan tiada galang gantinya.

Aku juga pernah menerima khidmat pesanan ringkas daripada salah seorang sahabat aku. Mesej itu berbunyi begini:

"Jadikan jalinan antara kita terbina persis untaian tasbih. Ada awal tiada penghujungnya. Dibentuk untuk mengingatiNya, dicantum kerana cintaNya, diratib semata-mata kerana redhaNya dan menitis air mata tika merasai kemanisanNya."

Aku rasa beruntung sangat punya sahabat yang menjadi penguat semangatku dan menyedarkan aku tentang status aku yang hanya sementara di bumi pinjaman Allah ini. 

Namun yang menyedihkan aku, setiap pertemuan dan persahabatan pasti diuji dengan persalahfahaman dan juga pengkhianatan. Ada juga yang menjadi talam dua muka agar persahabatan yang utuh hancur.Kala ini  kesetiaan dan kepercayaan diuji. 

Tapi yang paling menyedihkan bila perpisahan mendatang. Persoalan yang timbul. Bila kita akan bertemu lagi dan adakah diriku masih kau ingati??

WALLAHUA'LAM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment