Waktu aku di tingkatan 2, aku
terbaca sebuah artikel. Tajuknnya “LIMA
CARA PILIH SAHABAT”. Bukan nak ajar jadi seorang yang cerewet tapi
sahabat adalah cermin diri kita. Jadi, kita kenalah bijak dalam memilih
sahabat. “Janganlah sudah
terngadah baru nak terhantuk”.Aku nak kongsikan tentang artikel yang aku
baca tu.
LIMA
CARA PILIH SAHABAT
o
Pilihlah sahabat yang suka melindungi
sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah,
dia suka mencukupi keperluan.
o
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka
menerimanya dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada
dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya)
o
Pilihlah seorang sahabat yang apabila dia
mengetahui mengenai keburukan dirimu, ia
suka menutupinya.
o
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta
sesuatu daripadanya pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan menghiburkanmu.
o
Pilihlah sahabat yang apabila engkau berkata, ia
suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jika engka
mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika
engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah demi kepentinganmu.
Namun begitu, Persahabatan bukanlah
sekadar menguntungkan sebelah pihak tapi membahagiakan kedua-duanya. Sahabat
yang baik adalah sahabat yang mampu menegur kesalahan kita dan membimbing kita
serta mendoakan kita. Tolak ansur antara dalam persahabatan mampu mengeratkan
lagi ukhuwwah.
Pernah tak kita menerima warkah daripada seorang sahabat yang berterima kasih kepada kita dan pernahkah kita menulis sebuah surat ataupun melafazkan ucapan terima kasih kepada sahabat kita. Di sini aku selitkan sebuah warkah daripada seorang sahabat kepada seorang sahabat yang berbunyi,
Pernah tak kita menerima warkah daripada seorang sahabat yang berterima kasih kepada kita dan pernahkah kita menulis sebuah surat ataupun melafazkan ucapan terima kasih kepada sahabat kita. Di sini aku selitkan sebuah warkah daripada seorang sahabat kepada seorang sahabat yang berbunyi,
Sahabat..
Di
sini kutitipkan sebuah ucapan yang sukar untukku luahkan. TERIMA KASIH buat
dirimu. Dikala ku kealpaan kau bisikkan kebenaran. Di kala aku kesempitan kau
depakan tanganmu seluas langit dan bumi.Di saat aku kehausan kau hadir
memberikanku air azimat bernama semangat untuk teruskan satu perjalanan yang
jauh. Terima kasih sahabatku yang kukasihi. Maaf atas segalanya
SAHABATMU
-NIA KATSURA-
Kenangan itu persis rama-rama yang terbang ke dalam hati dan jiwa, tak kira sama ada suka ataupun duka, ia akan menghilang begitu sahaja, jika tak mengenang apa-apa, oleh itu hargailah ia selagi di depan mata.
Sedikitpun di ruang hati aku tidak
pernah melupakan indahnya persahabatan. Perit jerih yang kami hadapi bersama
adalah kenangan yang paling indah dalam hidup aku. Aku cuma dapat merakamkan
serba sedikit tentang persahabatan aku di ma'ahad namun selebihnya dalam hati aku. Sebenarnya aku rindukan saat bersama-sama
mereka.Persoalan yang menjadi tanda tanya antara kami. ”Bila agaknya reunion
ya?”…….
0 comments:
Post a Comment