Dengan ini kami berikrar..

  

Aku nak share video yang aku buat waktu aku terkenangkan kawan-kawan aku.Rindu yang bukan kepalang. mungkin ada sdikit kekurangan tapi ni adalah serba sedikit cetusan idea bila aku tengok semula folder aku.Dalam tak percaya aku akui aku terima tarbiah yang terbaik waktu ni. Setiap yan terjadi ada hikmanya. Aku pun nak share lirik lagu ni.


Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...


Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...


Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu


Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....


Jernih danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu....


     Pertemuan aku dengan mereka dan pentarbiahan yang aku terima setelah aku melibatkan diri dalam kepimpinan di kulliah benar-benar buat aku terharu. Selamanya tetap dalam ingatan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments1

bila agaknya reunion ya?


                

Waktu aku di tingkatan 2, aku terbaca sebuah artikel. Tajuknnya “LIMA CARA PILIH SAHABAT”. Bukan nak ajar jadi  seorang yang cerewet tapi sahabat adalah cermin diri kita. Jadi, kita kenalah bijak dalam memilih sahabat.  “Janganlah sudah terngadah baru nak terhantuk”.Aku nak kongsikan tentang artikel yang aku baca tu.

LIMA CARA PILIH SAHABAT
o    Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
o    Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerimanya dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya)
o    Pilihlah seorang sahabat yang apabila dia mengetahui mengenai keburukan  dirimu, ia suka menutupinya.
o    Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan menghiburkanmu.
o    Pilihlah sahabat yang apabila engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jika engka mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah demi kepentinganmu.


Namun begitu, Persahabatan bukanlah sekadar menguntungkan sebelah pihak tapi membahagiakan kedua-duanya. Sahabat yang baik adalah sahabat yang mampu menegur kesalahan kita dan membimbing kita serta mendoakan kita. Tolak ansur antara dalam persahabatan mampu mengeratkan lagi ukhuwwah. 


Pernah tak kita menerima warkah daripada seorang sahabat yang berterima kasih kepada kita dan pernahkah kita menulis sebuah surat ataupun melafazkan ucapan terima kasih kepada sahabat kita. Di sini aku selitkan sebuah warkah daripada  seorang sahabat kepada seorang sahabat yang berbunyi,


Sahabat..

Di sini kutitipkan sebuah ucapan yang sukar untukku luahkan. TERIMA KASIH buat dirimu. Dikala ku kealpaan kau bisikkan kebenaran. Di kala aku kesempitan kau depakan tanganmu seluas langit dan bumi.Di saat aku kehausan kau hadir memberikanku air azimat bernama semangat untuk teruskan satu perjalanan yang jauh. Terima kasih sahabatku yang kukasihi. Maaf atas segalanya
SAHABATMU
-NIA KATSURA-


 Terharu hati kita apabila dihargai  sebegini. Hati tak pernah menipu. Saat bersama sahabat itulah saat yang paling bermakna. Saat itulah yang akan menjadi kenangan terindah dalam hidup kita. 


Kenangan itu persis rama-rama yang terbang ke dalam hati dan jiwa, tak kira sama ada suka ataupun duka, ia akan menghilang begitu sahaja, jika tak mengenang apa-apa, oleh itu hargailah ia selagi di depan mata.
Sedikitpun di ruang hati aku tidak pernah melupakan indahnya persahabatan. Perit jerih yang kami hadapi bersama adalah kenangan yang paling indah dalam hidup aku. Aku cuma dapat merakamkan serba sedikit tentang persahabatan aku di ma'ahad namun selebihnya dalam hati aku. Sebenarnya aku  rindukan saat bersama-sama mereka.Persoalan yang menjadi tanda tanya antara kami. ”Bila agaknya reunion ya?”……. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

INDAHNYA PERTEMUAN, MANISNYA PERSAHABATAN, PAHITNYA PERPISAHAN

Sebuah pertemuan mengajar kita untuk mengenali, berkasih-sayang dan memahami. Namun sebuah pertemuan juga mengajar kita untuk membenci dan memusuhi. Dalam sedar atau tidak, permusuhan yang tercetus hanya permainan yang akhirnya menjerat kita dalam pengakhiran yang menyebabkan hati kita terluka.

Bukankah kita diciptakan untuk saling mengenali? Cuba renungkan nasihat seorang sahabat aku. Dia pernah menasihati aku dengan sebuah cerita yang dimulakan dengan sebuah pertanyaan.

"Ko suka memancing tak?"
"Kalau ikan terjerat pada mata kail ko, Ko kena ambil terus ikan tu. Jangan sesekali ko lepas semula ke dalam air macam tu jer."
"Tapi kenapa?"
 "Sebab ko akan buat ikan tu sakit dengan kesan daripada mata kail ko tue. Mungkin ikan tu akan menderita sepanjang hidup dia kerana perbuatan ko."
"macam sebuah persahabatan dan perhubungan. Ko sayang sahabat ko dan ko bagi dia banyak harapan. Sehinggakan dia sayang kat ko. Jadi, Ko jangan sesekali tinggalkan dia walau sejahat manapun dia. Ko kena jaga hati dia dan tegurlah khilaf dia secara berhikmah sebab persahatan tu sesuatu yang indah. Kalau ko tinggal je dia macam tu je. ko mungkin akan buat dia terluka dengan kenangan yang ko tinggalkan untuk dia."
 Entah kenapa aku tersentuh sangat dengan kata-kata sahabat aku. Pendekatan dia menarik perhatian aku. Memang betul kata-kata dia. Bagi aku persahabatan yang terjalin memberi seribu satu erti dalam hidup aku. Pelbagai ragam yang aku jumpa dan setelah berlalunya masa, barulah aku sedar yang sahabat itu unik dan tiada galang gantinya.

Aku juga pernah menerima khidmat pesanan ringkas daripada salah seorang sahabat aku. Mesej itu berbunyi begini:

"Jadikan jalinan antara kita terbina persis untaian tasbih. Ada awal tiada penghujungnya. Dibentuk untuk mengingatiNya, dicantum kerana cintaNya, diratib semata-mata kerana redhaNya dan menitis air mata tika merasai kemanisanNya."

Aku rasa beruntung sangat punya sahabat yang menjadi penguat semangatku dan menyedarkan aku tentang status aku yang hanya sementara di bumi pinjaman Allah ini. 

Namun yang menyedihkan aku, setiap pertemuan dan persahabatan pasti diuji dengan persalahfahaman dan juga pengkhianatan. Ada juga yang menjadi talam dua muka agar persahabatan yang utuh hancur.Kala ini  kesetiaan dan kepercayaan diuji. 

Tapi yang paling menyedihkan bila perpisahan mendatang. Persoalan yang timbul. Bila kita akan bertemu lagi dan adakah diriku masih kau ingati??

WALLAHUA'LAM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0